Slack Technologies

Slack Technologies, Inc. (dahulu dikenali sebagai Tiny Speck) ialah syarikat perisian Amerika Syarikat (sebelumnya Kanada) yang ditubuhkan pada tahun 2009 di Vancouver, British Columbia, Kanada. Pasukan utamanya merupakan pengasas Ludicorp, syarikat yang mewujudkan Flickr.[7] Selain San Francisco, California, Slack memiliki pejabat di Dublin, Vancouver, New York City, Toronto, London, Tokyo, Oslo, Paris, Hong Kong, dan Melbourne.[8]